SHAH ALAM – Banjir yang melanda hujung tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM90.6 juta bagi sektor pertanian, perikanan dan penternakan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah kerugian itu membabitkan 7,578 wira agro di seluruh negara.
Menurutnya, Selangor paling teruk terjejas dengan nilai kerugian dianggarkan RM32.8 juta melibatkan 1,100 wira agro.
“Angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa apabila ‘survey’ secara keseluruhan dibuat kerana kerosakan adalah cukup ‘extensive’.
“Walaupun cabaran ini dilalui dengan baik, terutama dalam memastikan bekalan makanan mencukupi, kita perlu menerima hakikat bahawa ekonomi negara menerima kesan begitu mendalam,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini malam tadi.-K! ONLINE














