fbpx

‘MIB’ cegah jenayah sepanjang Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHARUDIN memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal selepas merasmikan Ops Selamat.

SHAH ALAM – Pasukan ‘Men In Black’ (MIB) akan terus diaktifkan dalam mencegah jenayah khususnya sepanjang musim perayaan sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, unit dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) itu akan digerakkan ke lokasi premis perniagaan dan kawasan tumpuan orang ramai.

Katanya, orang ramai juga diingatkan supaya mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh diperoleh di mana-mana balai polis atau dimuat turun menerusi portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pemakluman mengenainya juga boleh dibuat penduduk menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Ops kali ini memfokuskan dua objektif utama iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

“Seramai 259 anggota termasuk pegawai termasuk dari unit berkuda dan ‘men in black’ (penyamaran) sepanjang Ops Selamat yang berakhir pada 6 Februari depan,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat 17 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Plaza Tol Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi KESAS Sdn. Bhd., Mohamed Shah Samin.

Baharudin menjelaskan, empat lokasi utama Ops Selamat 17 dikenal pasti pihaknya iaitu di Lebuhraya Persekutuan; Persiaran Jubli Perak; Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)/ Jalan Subang dan Persiaran Kuala Selangor/ Jalan Bukit Kemuning.

“Operasi yang akan dijalankan antaranya Ops Bersepadu, Ops Motosikal, Ops Mabuk, Ops Samseng Jalanan dan Ops Perdagangan.

“Antara fokus kesalahan tertumpu kepada lalu lintas atau pemanduan kenderaan, penyalahgunaan dadah dan alkohol,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI