fbpx
Soriano sanggup menjadi ‘pari-pari’ ketika sesi fotografi majlis hari lahir pertama anaknya. - Faces Portraits / Napoleon Soriano

Ayah pakai rambut pink, skirt tutu demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Seorang ayah sanggup memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan berskirt tutu demi memastikan mood anak perempuannya tenang ketika satu sesi fotografi hari jadi, lapor portal Coconut News semalam.

Napoleon Soriano berkata bahawa  anaknya, Felicity Isabella atau Ellie mula mengamuk ketika mereka sedang merakam kenangan sambutan hari lahir pertamanya, baru-baru ini.

Aksi Soriano yang sanggup berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian pasukan jurugambar yang diupah bagi majlis tersebut.

“Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.

“Namun ayah ini sangat kental, dia tidak mahu persiapan comel ini sia-sia maka dia sendiri yang jadi bahan prop,” tulis jurugambar itu di laman Facebook.

Gelagat Soriano bersama anaknya, Ellie di majlis hari lahir kanak-kanak itu. – Face Potraits/Napoleon Soriano

Menurut Soriano, kesediaannya menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya hanyalah sekadar gurauan.

“Saya fikir daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada dan rakam kenangan tersendiri.

“Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis adalah tidak murah,” jelasnya. – Agensi

 

POPULAR