fbpx

Perkembangan bayi lahir dalam keluarga berpendapatan rendah didakwa lebih lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHAP pemikiran kanak-kanak yang lahir dalam keluarga berpendapatan rendah didakwa lebih lemah. - Shutterstock

BANDAR RAYA NEW YORK – Kajian mendapati kanak-kanak yang membesar dalam keluarga berpendapatan rendah boleh menjejaskan aktiviti otak yang memberi kesan kepada tahap pemikiran dan pembelajaran mereka, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Pakar dari Universiti Columbia mendapati bahawa perkembangan otak bayi yang lahir dalam keluarga berpendapatan rendah bergantung pada sokongan kewangan yang diberikan kepada mereka.

Imbasan terhadap bayi berusia satu tahun menunjukkan aktiviti otak yang lebih pantas dalam kalangan keluarga berpendapatan AS$333 (RM1,395.27) berbanding yang berpendapatan AS$20 (RM83.80) sebulan. 

Tidak dijelaskan sama ada peningkatan aktiviti dalam otak berubah mengikut peningkatan usia atau bagaimana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan kognitif dan tingkah laku. 

Bagaimanapun, aktiviti otak kanak-kanak yang lebih berusia dikaitkan dengan pembangunan kemahiran belajar mereka. 

Penyelidik kini mengkaji bagaimana jumlah pendapatan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak termasuk penyediaan makanan lebih berkhasiat atau melegakan tekanan ibu bapa.

Kajian itu telah dijalankan oleh seorang saintis, Kimberly Noble dari Universiti Columbia di New York bersama pasukannya.

“Perubahan pada otak menunjukkan kebolehtempaan otak yang luar biasa terutamanya pada awal usia kanak-kanak.

“Kami telah mengetahui selama bertahun-tahun bahawa membesar dalam kemiskinan boleh merisikokan kanak-kanak dengan pencapaian yang rendah di sekolah, mengurangkan pendapatan serta kesihatan yang kurang baik,’’ jelas Profesor Noble. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI