fbpx

MOF yakin Program VA Kastam mampu capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) yakin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mampu mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1 billion sehingga RM2 billion bagi Program Pengakuan Sukarela dan Pengampunan Cukai Tidak Langsung (Program VA) yang bermula awal tahun ini hingga 30 September 2022.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, JKDM telah diberi mandat bagi melaksanakan Program VA yang juga merupakan antara usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan cukai sewajarnya.

“JKDM telah memainkan peranan sebagai salah satu agensi penting yang menggerakkan dasar dan inisiatif kerajaan. Sebagai contoh, jabatan itu telah memberi sumbangan besar dalam merealisasikan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Ini termasuklah pemberian remisi penalti, pengecualian cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan dan duti eksport,” katanya semasa berucap pada majlis Hari Kastam Sedunia di sini hari ini.

Katanya, selaku Menteri Kewangan, beliau amat menghargai segala pengorbanan JKDM yang dicurahkan demi menjaga kemakmuran dan kesejahteraan negara dan Keluarga Malaysia.

“Justeru amatlah penting supaya kesiapsiagaan, iltizam dan tekad yang telah dipasakkan oleh JKDM ini diperhebat dan diperkasakan lagi.

“Sebagai konteks, menurut data yang dikumpul oleh Bank Dunia, semenjak tahun 2000 hingga 2019, kontena yang berlabuh di pelabuhan negara telah mencatatkan peningkatan twenty-foot equivalent unit, atau TEU dari 4.6 juta kepada 26.2 juta, iaitu hampir 500 peratus. Ini merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan, dan mencerminkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara perdagangan utama dirantau ini,” tambahnya.

Namun beliau berkata, pihaknya yakin, JKDM mampu mencapai sasaran yang lebih baik, terutamanya apabila negara terus mencatatkan jumlah perdangangan yang telah melonjak melebihi 2 trilion ringgit bagi 11 bulan pertama tahun 2021.

“Dari keseluruhan nilai tersebut, 1.1 trilion ringgit merupakan eksport, dan 894 bilion ringgit merupakan import. Dengan ekonomi dunia dan negara yang dijangka terus memulih tahun ini, nilai ini dijangka akan terus meningkat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI