fbpx

Lelaki ditahan tikam pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua lelaki bergelut di tepi jalan dalam kejadian samun, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun yang berlaku di Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan beberapa buah video tular di laman Facebook berhubung kejadian samun tersebut.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan suspek di Kota Damansara dan menemui semula kereta jenis Proton Saga.

“Suspek yang berusia 23 tahun itu akan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut. Kenyataan lengkap berhubung kejadian ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, pengguna media sosial digemparkan dengan kejadian dua lelaki bergelut di tepi jalan hingga salah seorang daripada mereka berlumuran darah.

Pengguna mendakwa salah seorang lelaki itu merupakan pemandu e-hailing yang menjadi mangsa samun.

Menerusi tiga video yang tular memaparkan dua individu sedang bergelut antara satu sama lain sehingga menyebabkan seluar lelaki berbaju kuning terlondeh.

Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya terjatuh atas jalan raya sebelum lelaki berbaju hitam bertindak memecut kereta Proton Saga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI