fbpx

PRN Johor: PH ada peluang untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi seandainya menggunakan pendekatan dan strategi yang tepat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, untuk mencapai objektif itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor perlu menjadi tulang belakang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRN ke-15 itu.

Hassan

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor itu turut berpendapat strategi ‘khemah besar’ yang dicadangkan untuk menggabungkan PH dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya akan memakan diri.

“Strategi khemah besar hanya akan mendatangkan mudarat PKR dan PH. Saya percaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan dalam PRN Johor.

“Dengan PKR yang memimpin PH dan menjadi tulang belakang beserta strategi yang betul, kita boleh mengulangi lagi kejayaan kita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menewaskan UMNO dan BN di Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI