fbpx

Duit hilang, kesihatan merosot, gadis akui dugaan bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang gadis menceritakan dugaan bertunang yang dihadapinya bersama pasangan.

PETALING JAYA – Dalam kemanisan bertunang, pasti akan ada detik-detik mencabar yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran agar hubungan cinta yang dibina dapat bertahan hingga ke alam perkahwinan.

Menerusi perkongsian seorang gadis @miss_wawa di media sosial, menceritakan pelbagai situasi yang dialaminya bersama pasangan selepas mereka mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Menurut gadis itu, dia mengakui semakin hampir hari pernikahan, semakin berat ujian menimpa dirinya dan pasangan, namun mereka menerima dengan penuh reda.

“Betul la ujian bertunang mesti ada. Bekas kekasih tiba-tiba WhatsApp, minta maaf dan ajak jumpa.

“Selain itu, duit simpanan untuk kahwin hilang, tak dapat diselamatkan dan yang terbaru, secara tiba-tiba saya jatuh sakit. Tapi kami tetap kuat untuk halalkan hubungan ini,” katanya.

Bagi Wawa, dia dan tunangnya tetap berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah yang timbul agar tidak menjejaskan hubungan mereka pada saat-saat akhir ini.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus kuat dan bertahan menghadapi dugaan bertunang.

“Semoga ada keajaiban selepas nikah dan hubungan kekal bahagia sampai syurga,” kata Natasha Rashdan.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan pasangan, percaya pada jodoh dan sama-sama perlu kuat,” ujar Rafidah Nor.

Selain itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya ketika fasa bertunang dan menghadapi situasi yang hampir sama seperti diceritakan gadis tersebut.

“Betul, dugaan bertunang sangat mencabar, masa saya dulu pernah duit hilang, kami pasrah dan sampai pasangan saya fikir nak lepaskan saya pada orang lain, tapi kami cuba untuk kuat,” kata Jasmin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI