fbpx
TOMOK sebelum ini pernah menunjukkan paparan penyata bank jumlah royalti yang diterimanya.

Bayaran royalti sikit, Tomok tiada niat buat kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Berasa sedikit ralat terhadap jumlah bayaran royalti yang dirasakan tidak setimpal dengan hasil kerja, penyanyi dan pelakon Tomok menasihatkan anak seni agar memilkiki simpanan dan berhemah dalam berbelanja.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, memberitahu jumlah bayaran royalti yang rendah merupakan realiti yang perlu dihadapi oleh penggiat seni tanah air khususnya kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi.

“Itulah realiti yang kami sebagai anak seni perlu hadapi walaupun memang tak masuk akal pun jumlahnya.

“Disebabkan hal itu, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri agar sentiasa membuat simpanan dan tidak membazir untuk perkara lain,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar virtual drama Tumpang Lalu Bang hari ini.

Tiada niat untuk membuat kecoh atau menularkan isu tersebut, anggota kumpulan New Boyz itu menjelaskan perkongsiannya dalam satu hantaran Instagram baru-baru ini sebagai peringatan untuk semua pihak khususnya penggiat seni tanah air.

Katanya, kehidupan sebagai seorang penggiat seni juga tidak semuanya indah seperti yang dipaparkan kepada umum.

“Bukan semua yang indah dalam industri seni ini, sebenarnya ada sahaja waktu kehidupan yang sukar.

“Tidak terlintas pun dalam hati nak buat kecoh atau viralkan isu tersebut tetapi itulah realiti yang saya perlu beritahu kepada semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bekas peserta program One In a Million itu turut menasihatkan agar semua anak seni sentiasa beringat dalam berbelanja.

“Nasihat saya, perlu simpan duit. Saya juga pernah berseronok satu ketika dulu tetapi perlu tahu bila waktu yang seharusnya menarik ‘hand break’ (tidak membazir),” ujarnya.

Terdahulu, pada 12 Januari lalu, Tomok memuat naik sekeping foto memaparkan penyata bank bayaran royalti sebagai seorang komposer yang diterimanya iaitu berjumlah RM19.60 bagi tahun 2013 sehingga 2020.

“Pahit untuk ditelan tetapi tidak mengapa, terus pandang ke depan,” tulisnya. – K! ONLINE

POPULAR