fbpx

Selangor tubuh jawatankuasa baharu depani bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) menyampaikan basikal elektrik kepada wakil Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pemanasan Global sebagai persiapan mendepani sebarang kemungkinan termasuk banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian dengan dianggotai tokoh akademik dan alam sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan awal daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor dalam membuat ramalan berkaitan bencana dan kemungkinan bencana.

“Selain itu, bagaimana kemungkinan disebabkan sebahagian kota-kota dan bandar berhampiran dengan pesisir pantai yang mungkin berdepan ditenggelami air pada masa depan yang boleh berlaku peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini di Selangor.

“Mungkin dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, jawatankuasa ini akan ditubuhkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, hari ini.

Amirudin turut memberitahu, jawatankuasa ini juga akan melihat kesan sampingan lain seperti harga makanan, keselesaan hidup dan sebagainya.

Justeru, katanya, ini akan bermula dengan mengelakkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global dengan menjaga penggunaan karbon, pembangunan mesra alam dan pemeliharaan kawasan hijau.

Ketika ditanya adakah jawatankuasa ini akan menambah portfolio Loy Sian, beliau menjelaskan perkara itu tidak mempunyai masalah kerana kita perlu siap sedia dengan sebarang perubahan.

“Kalau tidak respon, kita akan berdepan rintangan dan baik kerajaan negeri siap sedia.

“Tambah portfolio tetapi jawatankuasa peringkat bawah juga akan peka dan bukan mellibatkan alam sekitar sahaja tetapi kesan-kesan lain termasuk perancangan perumahan dan pembangunan,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI