fbpx
KETERBUKAAN Masya berkongsi kemesraannya bersama seorang pemuda kini mengundang tanda tanya ramai, adakah penyanyi remaja itu berkahwin.

Masya Masyitah dah kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Keterbukaan penyanyi remaja, Masya Masyitah berkongsi kemesraannya bersama teman lelaki mengundang tanda tanya orang ramai, sama ada statusnya gadis cantik berhijab itu sudah bergelar isteri orang.

Menerusi video berdurasi 18 saat dimuat naik dalam TikTok miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff dilihat berpegangan tangan dan berdua-duaan bersama seorang jejaka bernama Idris Woon dipercayai teman lelaki penyanyi itu.

Rata-rata pengguna media sosial bertanya sama ada pelantun lagu Hapus itu sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki dipercayai berbangsa Cina terbabit dan menasihati untuk membuat kenyataan kepada umum akan berita gembira tersebut.

Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna media sosial menegur Ceria Popstar itu supaya tidak terus mengunci mulut berkenaan status perkahwinan penyanyi itu bagi mengelakkan fitnah dan teka-teki berterusan daripada umum.

“Kalau sudah kahwin bagi tahu sahaja tak elok jadi asbab orang buat fitnah, kita bukan marah, tertanya-tanya je.

“Sepatutnya kalau betul dia dah nikah kena buktikan takut jatuh fitnah,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen.

Percubaan Kosmo! Online untuk menghubungi Masya bagaimanapun belum berhasil.

Terdahulu, penyanyi berusia 22 tahun itu menafikan khabar angin sudah berkahwin pada November lalu namun mengakui hubungan cinta dengan Idris mendapat restu kedua-dua pihak keluarga. – K! ONLINE

POPULAR