fbpx

Jangan jadikan sekolah warung kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan memberi kebenaran kepada guru-guru untuk terlibat dalam politik. - Gambar hiasan

Bercerita mengenai sekolah memang tidak akan habis. Pada minggu lalu, penularan Covid-19 ‘menggila’ dalam kalangan warga sekolah termasuk pelajar.

Bilangan yang ramai meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan wujudnya kluster sekolah sejak institusi itu dibuka semula pada 9 Januari dan 10 Januari lalu (mengikut negeri)

Pada minggu pertama persekolahan, sebanyak 15 kluster dikesan dan bilangannya meningkat lebih sekali ganda kepada 33 kluster pada minggu kedua.

Setakat kelmarin masih ada lagi pertambahan kes-kes baharu yang menyumbang kepada kluster pendidikan di Negeri Sembilan dan Kedah. Semua negeri melaporkan kluster kecuali Perlis, Terengganu, Sarawak dan Labuan.

Belum surut cerita kluster pendidikan timbul pula berita tular mengenai nasi putih berkuah tanpa lauk yang didakwa makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Selepas disiasat oleh Kementerian Pendidikan tidak sampai 24 jam selepas tular, rupa-rupanya hidangan nasi putih dengan kuah kosong itu bukannya bawah program RMT.

Jadi ramai yang tarik nafas lega, tidak kurang juga ada yang masih ragu-ragu. Adatlah kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Kelmarin kerajaan membuat ketetapan bahawa semua guru sekolah di seluruh negara dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibenarkan untuk berpolitik berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diputuskan Kabinet untuk menghormati prinsip demokrasi. Sebelum ini golongan berkenaan dilarang untuk berpolitik.

Walaupun ‘garis panduan’ belum dikeluarkan oleh kementerian, namun berita mengenai guru boleh berpolitik ini sudah hangat dibincangkan di media sosial.

Ada yang berpandangan mereka khuatir adalah tenaga pengajar ini tidak dapat membahagikan masa antara tugas hakiki iaitu mengajar dan aktiviti politik.

Lebih membimbangkan, individu tersebut terbawa-bawa semangat berpolitik.

Adakah mereka yang menjadi penyokong sesebuah parti politik sahaja dibenarkan berpolitik?

Bagaimana pula keadaannya sekiranya berlaku guru yang berbeza pandangan politik. Keadaan ini sudah pasti menimbulkan suasana yang kurang harmoni dalam kalangan warga sekolah.

Keadaan ini menuntut profesionalisme yang tinggi dalam kalangan guru-guru yang berpolitik supaya mereka tahu dan sedar mengenai fungsi asal sekolah iaitu tempat untuk mendidik anak bangsa dan bukannya warung kopi.

Ingatlah berpolitik jangan sampai menganiaya orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI