fbpx

Netizen puji Fasha ‘balun’ Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pergaduhan Fasha Sandha dan Nad Zainal untuk sebuah adegan dalam drama bertajuk Dendam Seorang Isteri nampak benar-benar macam realiti sehingga membuatkan netizen tumpang naik geram.

RAMAI katanya yang ‘takut’ dengan aksi lakonan dua pelakon hebat iaitu Fasha Sandha dan Nad Zainal.

Baru-baru ini, Fasha ada berkongsi sedikit sedutan belakang tabir aksinya memukul Nad Zainal dalam drama terbaharu mereka berjudul Dendam Seorang Isteri.

Biarpun sekadar lakonan, namun kesungguhan dan penghayatan watak yang dibawakan kedua-dua pelakon itu telah mendapat pujian dalam kalangan peminat mereka.

Ada segelintir netizen berasa puas hati melihat aksi Fasha ‘membalun’ Nad Zainal dalam drama tersebut. Tak kurang juga yang berkongsi rasa geram.

“Fuh! Lepas geram betul ni,” kata seorang pengguna Instagram.

“Seronok pula tengok kena pukul,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Tak mustahil jika Fasha dan Nad Zainal dianggap sebagai antara dua aktres terbaik yang ada dalam industri seni hiburan kita buat masa sekarang.

DIVA: Ramai yang tidak berpuas hati apabila Ani Mayuni tersingkir ketika separuh akhir GV8 minggu lalu. Tidak ada rezeki nampaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI