fbpx

VTL mampu tingkatkan ekonomi negara selepas pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beg sekolah dan bantuan kewangan kepada murid asnaf semasa program CSR, YPM di Jeli hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

JELI – Inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang disambung semula berkuat kuasa semalam berpotensi meningkatkan semula sektor ekonomi negara selepas dua tahun berdepan pandemik Covid-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembukaan semula sempadan kedua-dua negara itu memberi impak positif kepada sektor ekonomi negara terutamanya keputusan itu yang dibuat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Mustapa, kerajaan menyambut baik keputusan membuka semula VTL Malaysia dan Singapura yang dihentikan hampir sebulan lalu.

“Keputusan ini turut memberi kelegaan kepada masyarakat Tiong Hua yang mempunyai hubungan kekeluargaan di kedua-dua negara.

“Dalam perkembangan ekonomi negara, kita lihat usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga sudah boleh berniaga apabila kerajaan beransur-ansur membuka pintu sempadan negara selepas melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pendidikan Yayasan Mara (YPM) di Pejabat Pusat Khidmat Dato’ Pa di Bukit Bunga di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI