fbpx

Pondok Darul Syahadah berkemungkinan tidak boleh beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kiri) menyerahkan sumbangan barangan makanan kepada nelayan dalam Program Santuni Nelayan DUN Chempaka 2022 di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Pondok Darul Syahadah, Kampung Lubuk Kuin dekat Bachok berkemungkinan tidak boleh meneruskan operasi sekiranya didapati mengajar ajaran yang bercanggah dengan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

“Sekiranya benar dakwaan yang mengatakan bahawa pondok itu melanggar undang-undang, mereka tidak boleh beroperasi. Kanak-kanak yang belajar di situ perlu mencari institusi yang lain.

“Ada pihak yang pernah mengadu kepada saya mengenai perkara ini. Proses siasatan sudah dijalankan oleh Jaheaik sama ada dakwaan mengenai perkara itu benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Santuni Nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 2022 di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Berhubung pertikaian mengenai pemilikan tanah bagi pondok itu, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, ia terserah kepada pemilik tanah di kawasan itu untuk membuat keputusan sama ada untuk meminta mereka mengosongkan premis itu atau sebaliknya.

Kosmo! Online sebelum inu melaporkan, seramai 55 pelajar Pondok Darul Syahadah, Kampung Lubuk Kuin terpaksa berpindah apabila pondok yang menjadi tempat tinggal dan pusat pengajian mereka perlu dikosongkan atas permintaan pemilik asal tanah berkenaan.

Pemilik tanah berkenaan dikatakan telah menghantar notis penamatan memorandum persefahaman (MoU) kepada pengurusan pondok berkenaan pada Rabu minggu lalu untuk menarik balik tawaran penggunaan harta pemilikan berkenaan yang dimeterai pada 27 Julai 2016.

Pemilik tanah itu juga menyatakan bahawa beliau telah dipanggil oleh Jaheaik apabila ada yang mendakwa Pondok Darul Syahadah terlibat dengan perkara yang melanggar ajaran Islam tanpa menyatakan kesalahan atau perlanggaran yang dimaksudkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI