fbpx

Pencuri bogel kebas tudung, telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang pencuri dirakam sedang menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah sambil berbogel. – Instagram

JAKARTA – Seorang pencuri tular di media sosial gara-gara berbogel ketika cuba menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam oleh sebuah sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @plgkucarkacir.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang lelaki dilihat sedang berjalan perlahan-lahan sambil menunduk dengan pakaiannya ditanggalkan ketika berada di dalam sebuah rumah.

“Tolong tularkan. Kawasan kami selalu didatangi pencuri yang menyelinap masuk dengan bertelanjang bulat. Pelakunya adalah orang yang sama. 

“Kerugian dicatatkan termasuk telefon dan tudung untuk dijual. Kami telah membuat laporan polis,’’ demikian kenyataan pada unggahan tersebut.

Dalam situasi yang berlainan, pencuri yang sama dilihat sedang mencungkil tingkap sebuah rumah menggunakan pemutar skru. 

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada pencuri itu telah ditangkap atau belum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI