fbpx

Letak jawatan bukan penyelesaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN menjelaskan bahawa kongres baru sahaja diadakan pada tahun lalu dan peletakan jawatan Exco tidak akan menyelesaikan segalanya.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berharap dapat diberi ruang untuk terus membimbing badan induk itu selain memberi jaminan bahawa skuad Harimau Malaya kembali ‘mengaum’ pada masa depan.

Sebagai rekod, banyak pihak yang mendesak agar pucuk pimpinan FAM dirombak se­mula susulan kegagalan pasukan kebangsaan pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura tahun lepas.

Kata Hamidin, barisan jawatankuasa eksekutif (Exco) kali ini telah diberi mandat selama empat tahun sehingga 2025 dan sudah pasti semua pihak akan be­kerja keras untuk memartabatkan semula bola sepak kebangsaan.

“Saya baca setiap pandangan membina daripada penyokong bola sepak Malaysia dan saya hormati apa yang mereka suarakan. Kongres baru sahaja diadakan pada tahun lalu dan peletakan jawatan Exco tidak akan menyelesaikan segalanya.

“Secara jujur, harus diakui semua Exco memiliki petunjuk indeks prestasi (KPI) mereka termasuk saya dan kita masih memiliki tiga tahun untuk me­lakukan tugas sebaik mungkin seperti yang diamanahkan.

“Apa yang pasti, saya baru menjadi presiden tiga tahun sejak 2018 dan dua tahun kita telah dibelenggu pandemik Covid-19.

“Justeru, banyak perancangan yang dilakukan sedikit terjejas tetapi apa yang boleh saya katakan skuad Harimau Malaya akan kembali berada di landasan sebenar selepas ini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin mula dilantik menduduki kerusi nombor satu badan induk itu pada Julai 2018 bagi menggantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan jawatan.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan pengurus pasukan skuad kebangsaan yang juga Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta semalam.

“Kami telah menerima peletakan jawatan Yusoff selaku pengurus skuad Harimau Malaya kerana dia mahu memberi tumpuan dengan tugas selaku Timbalan Presiden FAM dan Presiden Liga Amatur Malaysia (AFL),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI