fbpx

PLUS minta maklum balas pengguna berkenaan RFID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada pengguna berhubung pelaksanaan sistem pembayaran transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, soal selidik itu dibuka berikutan pihaknya mendengar keluhan pengguna dan mahu mengenal pasti ketidaksempurnaan dalam perkhidmatan mereka.

“Kami mendengar keluhan anda dan ingin mendapatkan pandangan anda untuk mengenal pasti ketidaksempurnaan perkhidmatan kami.

“Ia dapat membantu menambah baik perkhidmatan kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu katanya, orang ramai boleh berkongsikan pandangan mereka di pautan yang disediakan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/Q6YWLLJ.

Terdahulu, Kosmo! baru-baru ini melaporkan berlaku kesesakan trafik yang teruk di beberapa Plaza Tol PLUS di sekitar Lembah Klang berikutan pelaksanaan RFID. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI