fbpx

Perhimpunan #tangkapAzamBaki: 6 jalan utama ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis akan melaksanakan penutupan enam jalan utama di ibu negara susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di sekitar ibu negara, esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, jalan tersebut adalah Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

“Kesemua jalan ini merupakan enam jalan utama di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang akan dilencongkan kerana terlibat dalam pelaksanaan tugasan itu.

“Lencongan ini akan bermula pada pukul 7 pagi esok sehingga selesai tugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” ujarnya ketika sidang akhbar di IPD Dang Wangi, dekat sini hari ini.

Menurutnya, perkhidmatan awam berupa kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter yang melalui kawasan ibu negara juga akan diberhentikan sementara waktu sepanjang perhimpunan berkenaan berlangsung.

“Justeru itu, saya nasihatkan orang ramai yang mempunyai urusan terutamanya di sekitar ibu negara esok agar merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya bagi mengelak terkandas,” ujarnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki melalui satu kenyataan merancang untuk mengadakan perhimpunan #tangkapAzamBaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada pukul 11 pagi esok.

Perhimpunan itu sebagai platform untuk mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan serta-merta oleh pihak berkuasa termasuk mendesak proses undang-undang ke atas beliau bermula segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI