fbpx
Foto yang dikongsi di laman Facebook memaparkan seorang peniaga membuka 'gerai' jualan mengguna sebuah Toyota Vellfire.

Buka gerai tepi jalan guna Vellfire, netizen puji sikap peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kebiasaanya kita lihat peniaga atau penjaja di tepi jalan kebiasaannya menggunakan lori atau kereta sebagai ‘gerai sementara’ mereka.

Namun, menerusi satu foto yang dikongsi di Facebook, kelihatan seorang peniaga menggunakan kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire sebagai ‘gerainya’.

Difahamkan, foto yang tular tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya di sekitar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat dipastikan tarikh ia dirakam.

Melihat kepada foto berkenaan, peniaga tersebut dipercayai menjual air dan beberapa makanan kering.

“Jarang nampak orang meniaga dengan Vellfire. Meniaga air dan makanan pula, semoga laris jualan,” tulis hantaran tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut yang menggunakan apa sahaja kenderaan yang ada ketika ini demi mencari rezeki yang halal.

“Selain kereta besar untuk bawa ramai penumpang, kegunaannya juga boleh bawa banyak barang, bagus digunakan untuk berniaga, bukan meminta-minta,” tulis Aishey Nafisa Ais Aiman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Rafidah Asnizan.

“Zaman Covid, semua rakyat terkesan, ‘struggle’ (susah) untuk mencari duit menampung keperluan keluarga,” ujarnya.-K! ONLINE.

POPULAR