fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca di negeri Sarawak melibatkan 13 kawasan dijangka bertambah baik susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada Khamis ditamatkan.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

“amaran cuaca buruk itu membabitkan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, amaran akan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI