fbpx

Setahun derita bising jentolak, habuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Lima Kongsi, Nibong Tebal mendakwa terganggu dengan bunyi bising jengkaut dan debu sejak setahun lalu.

SEBERANG PERAI – Lebih 100 penduduk yang tinggal di kawasan perumahan di Lima Kongsi, Nibong Tebal di sini menderita gangguan bunyi ­bising jengkaut sejak hampir setahun lalu.

Bunyi tersebut yang berlarutan dari pagi hingga pukul 8 malam hampir setiap hari itu didakwa ekoran kerja-kerja di sebuah tapak pengumpulan bahan kitar semula dan besi buruk berdekatan kawasan mereka.

Lokasi dengan jarak hanya 50 meter daripada penempatan penduduk membuatkan kehidupan mereka terganggu selain terpaksa berdepan masalah kesihatan akibat debu.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata, bunyi bising itu didakwa ekoran hentakan jentera dari tapak berkenaan yang kononnya untuk mendapatkan besi daripada bahan batuan konkrit.

“Aktiviti terbabit adakalanya berlarutan sehingga pukul 7 atau 8 malam setiap hari dan ia mengganggu ketenteraman penduduk terutamanya pelajar yang sedang belajar online,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu katanya, penduduk turut mengadu mereka berdepan masalah debu dan habuk daripada lori yang keluar masuk ke premis terbabit.

“Ia bukan saja menyebabkan pencemaran udara, malah mengancam keselamatan apabila terdapat banyak kenderaan termasuklah kenderaan berat me­lalui jalan utama secara kerap.

“Masalah habuk dan debu yang berterbangan itu semakin serius lebih-lebih lagi ketika musim panas pada masa ini dan menyebabkan kebanyakan kediaman mereka diselaputi debu,” ujarnya.

Difahamkan tapak ber­kenaan mempunyai lesen beroperasi dan SAM juga telah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi mendapatkan maklum balas berhubung masalah berkenaan.

Sehubungan itu, Meenakshi menambah, pihaknya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sekiranya terdapat penyalahgunaan syarat dan lesen daripada tapak ber­kenaan.

“Kita berharap situasi ini dapat diselesaikan segera, mungkin tapak boleh dialihkan kepada kawasan yang lebih jauh daripada lokasi penempatan penduduk atau dihadkan waktu bekerja,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI