fbpx

Long Tiger tiba di Mahkamah Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger dibawa ke Mahkamah Tangkak untuk pertuduhan berhubung kes lari, pemerasan serta kes rogol.

TANGKAK – Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid tiba di Mahkamah Tangkak untuk pertuduhan petang hari ini.

Lelaki berketuranan Rohingya yang berusia 33 tahun itu tiba di pekarangan kira-kira pukul 1.40 petang dikawal ketat pasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dilapotkan berkata, Long Tiger akan dituduh selepas tempoh tahanan reman penjara bermula 5 hingga berakhir 18 Januari ini.

“Ya, dia (Abdul Hamim) akan dituduh 19 Januari ini di Mahkamah Tangkak,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini baru-baru ini.

Namun, Polis Johor membuat keputusan untuk menunda pertuduhan ke hari ini dan dijangka bermula pukul 2 petang.

Terdahulu, Long Tiger ditahan reman selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pada 28 Disember lalu, penjenayah paling dikehendaki dalam buruan polis itu ditangkap ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.

Semasa tangkapan pada pukul 3.15 petang oleh polis Bukit Aman itu, Long Tiger mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pada 29 Disember lalu, keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan perempuan yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat, direman selama empat hari sehingga 1 Januari lalu.

Long Tiger bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan pada 15 Disember tahun lalu ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI