fbpx

Lelaki terminum bahan kimia terima wang pampasan RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan salah satu rangkaian restoran milik Cracker Barrel - Jeffrey Greenberg/Universal Images Group/ Getty

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menerima wang pampasan AS$10 juta (RM41.9 juta) akibat terminum bahan kimia di sebuah restoran Cracker Barrel, lapor United Press International, kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada 2014 apabila mangsa bernama William Cronnon terminum segelas minuman yang mengandungi beberapa jenis bahan kimia sebelum merasakan bibir dan kerongkongnya terbakar.

Hakim negeri Tennessee memutuskan bahawa Crannon perlu dibayar sebanyak AS$4.3 juta (RM18 juta) sebagai pampasan dan AS$5 juta (RM21 juta) untuk ganti rugi yang membawa kepada jumlah AS$9.3 juta (RM39 juta).

Peguam Cannon menjelaskan bahawa anak guamnya mengalami pelbagai penyakit dan terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal akibat terminum cecair kimia pembersih, Eco-San.

Wakil Cracker Barrel meluahkan rasa kecewa dengan keputusan itu kerana menganggap ia satu insiden terpencil dan tidak menggambarkan integriti pengurusan restoran secara keseluruhan.

“Kami sangat menghormati proses undang-undang namun kecewa dan tidak bersetuju dengan keputusan ini yang melibatkan insiden malang dan terpencil di salah satu restoran lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun, kami lega kes ini diadili supaya pihak Cracker Barrel boleh memberi tumpuan untuk menjaga pelanggan dan pekerja di seluruh negara dengan lebih baik ,’’ jelasnya dalam satu kenyataan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI