fbpx

Hujan berterusan di Sarawak sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh tujuh hari bermula 21 hingga 27 Januari di negeri Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, penumpuan angin yang berlaku di utara dan tengah Sarawak itu dijangka berterusan sehingga esok.

“Keadaan ini boleh menyebablan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Pada masa yang sama, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri utara,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat Waspada pada pukul 2 petang, 19 Januari melibatkan negeri Sarawak yang berkuat kuasa sehingga 21 Januari ini.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI