fbpx

Dua ekor kuda kelaparan makan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua ekor kuda yang memakan sampah di Bukit Ampang.

PETALING JAYA – Dua ekor kuda kelihatan kelaparan dan kurus dipercayai terlepas dari kandang berlegar-legar di kawasan Bukit Ampang dekat sini baru-baru ini .

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dikongsikan di laman Facebook, @RizalFirman, lelaki itu menggesa pemilik haiwan itu supaya mengambil segera kerana kasihan selepas mendapati kuda tersebut memakan sampah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah kerana kuda tersebut rupa-rupanya sudah berkali-kali dilihat berada di kawasan tersebut.

“Lama dah kuda itu (berkeliaran) di situ, bertukar ganti dengan lembu, kadang-kadang lembu kadang-kadang kuda, kasihan kurus seperti kelaparan. Mana-mana yang berkesempatan beli apa patut beri kuda makan, sedekah haiwan kesian cari makan sampai makan sampah,” ujar @Idilrothmans.

“Dah banyak kali, lembu pun ada. Saya pernah hampir terlanggar pada waktu hujan,” kata @AqilHaris.

“Ada bertuan kot. Selalu di situ, lembu ada, kuda ada, monyet ada, burung merpati pun ada. Boleh la bawa anak-anak tengok binatang percuma depan mata. Saya ada juga bawa roti untuk beri haiwan tersebut makan,” kata @arbaiyahbeepeace. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI