fbpx

Arsenal turunkan barisan terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (kiri) bersedia menurunkan kesebelasan terbaiknya untuk menghadapi Liverpool di Emirates awal pagi esok. – AFP

LONDON – Arsenal menerima perkhabaran gembira apabila lima pemain yang tersisih sebelum ini dijangka kembali ke pangkuan kelab untuk menghadapi aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Liverpool di Stadium Emirates awal pagi esok.

The Gunners sebelum ini terpaksa menyaksikan aksi mereka menentang Tottenham Hotspur ditangguhkan selepas dihimpit masalah kecederaan pemain dan jangkitan Covid-19 dalam pasukan itu.

Bagaimanapun, untuk perlawanan menentang Liverpool, Martin Odegaard yang positif Covid-19 sebelum ini dijangka kembali dalam senarai pilihan pemain, manakala Kieran Tierney, Calum Chambers, Bukayo Saka dan Gabriel juga berkemungkinan cergas untuk diturunkan.

Keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Anfield juga meletakkan Arsenal dalam situasi penuh yakin untuk merebut slot ke final bertemu Chelsea bulan depan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggambarkan kecekalan dan keinginan tinggi yang ada pada pemainnya mampu mengecewakan Liverpool pada aksi timbal balik kali ini.

“Sudah tentu ia (perlawanan pertama di Anfield) akan memberikan pengalaman berguna kepada pemain. Kami perlu kekalkan apa yang dilakukan dan menjadi satu keperluan untuk pemain cuba mengulangi prestasi itu.

“Kami berada pada landasan yang betul. Saya dapat saksikan semangat kepimpinan pemain ketika berada di atas padang dan turut memberi semangat kepada saya. Malah, pemain juga faham apa yang perlu dilakukan,” kata Arteta.

Sebagai rekod, Chelsea sudah pun mengesahkan tempat di perlawanan akhir selepas menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 secara agregat sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI