fbpx

Wanita cop parkir dikecam orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan tindakan seorang wanita yang dikatakan sedang cop parkir untuk kenderaan lain.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang berdiri di tapak parkir kereta awam telah mengundang kemarahan orang ramai apabila dia dikatakan sedang cop ruang tersebut untuk kenderaan yang lain.

Menerusi perkongsian oleh @whatitdostu di media sosial, dia terpaksa berhadapan dengan wanita itu yang tidak mahu beralih serta enggan memberikannya untuk meletakkan kereta sedangkan ruang tersebut masih kosong.

Menurutnya, wanita itu mendakwa parkir itu adalah miliknya dan masih menunggu kenderaan lain tiba.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan sekitar Sri Petaling.

Dalam pada itu, di ruangan komen, pemilik akaun turut meninggalkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut sebagai tanda marahnya dengan tindakan mereka.

Sementara itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap pentingkan diri sendiri.

“Buat macam saya, secara perlahan masuk sahaja ke ruang parkir, biar dia pilih nyawa atau parkir, lepastu, maklumat kenderaan tersebut simpan sebagai bahan bukti,” kata Yamin Yusop.

Seorang pengguna lain, memberi cadangan agar pemilik akaun itu membuat laporan polis terhadap tindakan tersebut.

“Boleh buat laporan macam ini, mana boleh cop parkir sesuka hati,” katanya.

“Kalau saya, akan hon panjang-panjang, sama ada dia akan bergerak atau dia tahan la malu orang tengok,” kata Mohd. Syukri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI