fbpx

Pelacur tawar khidmat seks RM200 untuk 45 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelacur yang ditahan JIM serta alatan yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral dirampas.

PETALING JAYA – Bermula RM200 untuk satu sesi selama 45 minit. Itu harga yang perlu dibayar lelaki hidung belang sekiranya mahu mendapatkan khidmat pelacur warga asing.

Selain itu, mereka juga perlu menempah gadis tersebut melalui laman web atau menerusi aplikasi Telegram sebelum mendapat ‘layanan istimewa’.

Modus operandi tersebut dibongkar Jabatan Imigresen (JIM) selepas menyerbu dua hotel yang menyediakan khidmat pelacur di sekitar Subang Jaya semalam.

Menerusi Op Gegar itu, pihak JIM berjaya menahan seramai 14 individu warganegara asing yang terdiri daripada 12 orang wanita warganegara Thailand, seorang wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga Great Britain berusia lingkungan 21 hingga 69 tahun.

Selain itu, tiga orang pelanggan lelaki warga tempatan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi berkenaan dijalankan serentak bermula pukul 8.45 malam.

Beliau berkata, hasil risikan mendapati premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan harga RM200 sehingga RM270 bagi tempoh masa 45 minit.

Selain itu katanya, premis berkenaan turut menyediakan pakej langganan outcall’ bermula dari pukul 10 malam sehingga 7 pagi dengan bayaran RM950.

“Semasa serbuan dijalankan semua wanita warga asing tersebut tidak memberikan kerjasama dan enggan membuka pintu bilik. Ada juga yang cuba membuat provokasi dan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.

“Turut dijumpai semasa serbuan sejumlah kondom dan cecair pelincir bagi tujuan layanan seks,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI