fbpx

Kes harian menurun sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit dengan 3,229 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,817,163 kes.

Semalam, negara merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak 3,245.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI