fbpx

Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan peserta Big Stage 2022 yang bakal berentap bermula 6 Februari nanti.

KUALA LUMPUR – Program realiti hiburan Big Stage kembali menghangatkan industri hiburan bagi musim keempat Februari depan.

Selain bintang tempatan, Big Stage 2022 (BS4) kali ini kembali meneruskan penyertaan dari negara luar iaitu Indonesia dan Brunei.

Seramai 11 peserta bakal bersaing bagi merebut gelaran juara dalam program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) itu.

Peserta dari Malaysia terdiri daripada Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yasmin Aziz, Tuah Adzmi dan Sofiaa Marieylla (Jerung Merah).

Sementara itu, penyanyi popular Tegar Septian mewakili Indonesia dan Syafiq Abdilah mewakili negaranya, Brunei.

Kesemua peserta diperkenalkan pada sidang media Big Stage 2022 di Bangsar South City di sini sebentar tadi.

Paling istimewa, BS4 sekali lagi menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap di samping komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.

Selain itu, seorang juri jemputan akan diundang menyertai dua lagi juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Sama seperti musim sebelumnya, BS4 masih mengekalkan Presiden Netizen dan satu lagi sistem baharu iaitu Juri Pedas yang akan diperkenalkan pada minggu pertama nanti.

Pengacara popular Alif Satar dan Sherry Alhadad masih lagi menggalas tugas sebagai hos Big Stage.

Juara BS4 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad pukul 9 malam bermula 6 Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI