fbpx

Bella Hadid gayakan rantai berukir perkataan ‘Palestin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Bella Hadid dilihat memakai seutas rantai Chvker dengan perkataan ‘Palestine’ tertulis padanya. - Instagram

WASHINGTON – Supermodel terkenal dunia, Bella Hadid dilihat sekali lagi menzahirkan kebanggaannya menjadi warga Palestin dengan memakai rantai berukir nama negara itu baru-baru ini, lapor portal berita Arab News semalam. 

Hadid dilihat berbangga terhadap asal usulnya dengan memakai seutas rantai jenama Chvker tertulis perkataan ‘Palestine’ yang direka khas oleh pereka bernama Nazlia Yunus. 

Bella menggayakan rantai tersebut ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang jurugambar, Alana O’Herlihy di restoran The Nice Guy.

Beliau menggayakan rantai Palestin di atas seutas lagi rantai yang mempunyai ukiran nama penuhnya, Isabella.

Nazlia mendedahkan Bella memintanya untuk mencipta lapan utas rantai khas dengan perkataan berlainan termasuk ‘Pizza Queen’, ‘Libra Angel’, Hellz Bellz’, Baby Bellz’’, ‘Bella Hadid’ dan ‘Khair’ yang merupakan nama tengahnya. 

Sebelum ini, Bella dilaporkan pernah menyertai demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Brooklyn, New York pada Mac 2021.-  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI