fbpx

Lelaki dakwa NASA sembunyikan kewujudan pangkalan makhluk asing di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waring mengesan beberapa imej berwarna kelabu yang menonjolkan sebuah objek berbentuk segi empat tepat di permukaan Marikh. – Twitter @ScottCWaring

WASHINGTON – Seorang peminat kajian mengenai makhluk asing mendakwa bahawa dia mengesan sebuah pangkalan makhluk asing sepanjang 25 kilometer (km) di permukaan Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C. Waring  yang menggelar dirinya sebagai pakar makhluk asing berkata, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) cuba menyembunyikan penemuan itu daripada orang ramai.

Dia menerusi akaun Twitter miliknya berkata, terdapat beberapa imej berwarna kelabu yang menonjolkan sebuah objek berbentuk segi empat tepat di permukaan Planet Merah.

“Saya menemui pangkalan sepanjang 25 km ini di Marikh yang terletak pada bahagian kanan Sulci Gordii.

“NASA tidak mahu perkara itu diketahui ramai,” katanya.

Menurut Waring, pangkalan itu terletak berhampiran Sulci Gordii  yang merupakan alur subparallel dan rabung  batuan di Planet Marikh. Ia memberikan penjelasan munasabah bagi bentuk yang dikesan itu.

Lelaki itu  sudah  berulang kali  mendakwa mengesan pelbagai fenomena atau objek luar biasa di angkasa lepas termasuk ukiran wajah makhluk asing pada batuan di permukaan Marikh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI