fbpx

Hibah sumbang 65% kepada pendapatan Wasiyyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) mencatat pertumbuhan positif dalam keputusan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 dengan pendapatannya bertambah sebanyak 61 peratus kepada RM20.3 juta berbanding RM12.4 juta tahun kewangan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, pendapatan sebelum cukai juga menokok sebanyak 217 peratus kepada RM3.03 juta berbanding RM954,682 tempoh yang sama sebelumnya.

Menurut beliau, sebagai pe­lopor kaedah hibah dan ­penyedia hibah terbanyak di Malaysia, segmen tersebut men­yumbang sebanyak 65 peratus daripada pendapatan syarikat dan dijangka terus menjadi ­penyumbang utama bagi tahun kewangan yang mendatang.

“Tahun kewangan 2020/21 adalah tahun yang paling mencabar kerana dalam tempoh tersebut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali pertama ekoran pandemik Co­vid-19.

“Dalam persekitaran yang ti­dak menentu itu, Wasiyyah telah berjaya melaluinya dengan melaksanakan pelbagai strategi digital yang inovatif,” katanya dalam kenyataan.

Ariffin menerangkan, faktor utama kepada pencapaian tersebut adalah pengenalan akad hibah secara dalam talian yang diperkenalkan pada bulan Mei 2021 iaitu dua bulan selepas PKP 1.0 dikuatkuasakan.

Tambah beliau, kaedah patuh syariah yang inovatif ini membolehkan pemberi dan penerima hibah berada di mana-mana lokasi di seluruh dunia tanpa perlu bersemuka bagi melaksa­nakan akad hibah mereka.

Sehubungan itu, pengenalan kaedah tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana memudahkan di sam­ping menghapuskan kebimbangan penyebaran Covid-19 dalam kalangan pelanggannya.

“Sebanyak 65 peratus daripada pelanggan telah memilih kaedah ini,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI