fbpx

Penggal kepala: Suspek pernah dipenjara ugut ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) menunjukkan lokasi persembunyian suspek di semak belakang rumah mangsa.

KUALA SELANGOR – Seorang penganggur yang bertindak memenggal kepala ibunya sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang pernah dipenjara kerana melakukan ugutan jenayah kepada wanita itu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek berusia 28 tahun itu melakukan kesalahan berkenaan pada 2014 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Namun, suspek yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik sudah menjalani hukuman atas kesalahan itu.

“Berhubung penglibatan suspek dalam penyalahgunaan dadah, kita percaya antara tiga hingga empat tahun,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Ramli menambah, pihaknya dalam proses merekodkan keterangan ahli keluarga termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kejadian disedari kakak kepada suspek berusia lingkungan 30-an yang menemui mangsa di rumah tersebut.

“Pada waktu itu, suspek turut melarikan diri dan kita berjaya menahannya di kawasan semak kira-kira 50 meter di belakang kediaman berkenaan.

“Namun, kita tidak menemui sebarang alat atau bahan berkaitan dadah di dua lokasi tersebut,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, petang semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI