fbpx

China catat dua kematian akibat selesema burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBANYAKAN kes yang berlaku adalah disebabkan oleh kontak dengan haiwan ternakan dan tiada kes yang menunjukkan penularan antara manusia. - SOPA Images

BEIJING – China melaporkan dua kematian akibat wabak selesema burung selepas lima kes jangkitan H5N6 itu disahkan, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa tindakan segera diambil bagi mengekang penularan, lapor akhbar The Sun semalam.

Peningkatan bilangan individu yang dijangkiti selesema burung di China pada tahun lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar-pakar kesihatan dengan amaran bahawa wabak itu lebih mudah menjangkiti manusia.

Jabatan Kesihatan Hong Kong berkata, lima orang dari wilayah Sichuan, Zhejiang dan Wilayah Autonomi Guangxi telah dijangkiti selesema burung pada Disember tahun lalu.

“Dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal di hospital,” kata seorang pegawai dalam satu kenyataan.

Sejak 2014, seramai 65 orang telah dijangkiti wabak H5N6, namun lebih separuh daripada bilangan tersebut dicatatkan dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Menurut WHO, kebanyakan kes yang berlaku adalah disebabkan oleh kontak dengan haiwan ternakan dan tiada kes yang menunjukkan penularan antara manusia.

Bagaimanapun, siasatan lanjut perlu dijalankan dengan segera untuk mengenal pasti risiko dan peningkatan jumlah kes dalam kalangan manusia.

“Peningkatan kes di China tahun ini membimbangkan kerana virus tersebut menyebabkan kematian yang tinggi.

“Mungkin varian ini lebih menular dalam kalangan manusia atau mungkin ia lebih banyak berada di sekeliling haiwan ternakan, yang seterusnya menjangkiti manusia,” kata seorang profesor Patologi Perbandingan di Pusat Perubatan Universiti Erasmus di Rotterdam, Thijs Kuiken. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI