fbpx

MOSTI tekad perkasakan penggunaan EV tempatan menerusi Emerge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (kiri) mencuba Skuter Elektrik Eclimo ES-11 di Putrajaya hari ini. - FOTO: IHSAN MOSTI

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi tumpuan kepada pembangunan serta pengkomersialan ekosistem teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau menyeru syarikat pemula serta industri kecil dan sederhana yang berminat untuk membantu mengembangkan industri berkenaan.

Beliau berkata, pengkomersialan itu akan digerakkan menerusi program Enabling Mobility Electrification for Green Technology (Emerge) yang diterajui NanoMalaysia Bhd. (NanoMalaysia).

“MOSTI telah mengenalpasti sistem penyimpanan tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam sekitar serta mampu mengurangkan penggunaan bahan api.

“Kami akan terus komited menjalin kerjasama rentas kementerian menerusi perkongsian kepakaran agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, MOSTI sentiasa mencari penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi dalam usaha mencapai sasaran negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

Adham berkata, Emerge bakal memposisikan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV dan fokus MOSTI diberikan kepada kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha EV tempatan.

Menurutnya, MOSTI bersama NanoMalaysia juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri EV bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam usaha memperkasakan sektor teknologi tenaga lestari itu.

Terdahulu, Adham hari ini hadir pada Majlis Penyerahan Skuter Elektrik Eclimo ES-11 yang dibangunkan bersama MOSTI, NanoMalaysia dan Eclimo Sdn. Bhd. di Putrajaya.

Skuter elektrik itu dikuasakan bateri berstruktur nano dan menggunakan sistem pemantauan bateri berstruktur nano iaitu sel bateri lithium-ion yang memberi manfaat kepada alam sekitar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI