fbpx

Kasihan, impak Nabila terjatuh malam tahun baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JARANG sungguh nama Nabila Razali tular kerana cerita selain isu nyanyiannya.

Kali ini, dia mencuri perhatian netizen kerana aksi lucu yang dikongsinya menerusi sebuah video TikTok.

Mimik muka lucu dan bersahaja ternyata berjaya mencuit hati sesiapa yang menonton video tersebut.

KOMEN netizen dalam TikTok Nabila.

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang berseloroh, adakah aksi lucu tersebut impak daripada momen terjatuh ketika membuat persembahan pada malam tahun baharu lalu.

“Okey tak Nabila? Ini kesan jatuh tempoh hari ke, apa pun kelakar sangat video ni,” komen peminatnya.

“Aku rasa sudah jadi peminat Nabila selepas menonton video ini. Comel sangat,” kata seorang lagi netizen.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 1.3 juta tontonan dan meraih 97,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI