fbpx
INILAH khemah yang menjadi tempat Izni Sakinah bersama tiga keluarga lain berteduh selama 12 hari selepas rumah mereka ditenggelami air di Kampung Chodan, Segamat.

12 hari berteduh bawah khemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Empat buah keluarga di daerah ini terpaksa berkongsi tinggal di dalam khemah selama 12 hari selepas kediaman mereka mereka dinaiki air selepas daerah ini dilanda kejadian banjir baru-baru ini.

Mangsa banjir, Izni Sakinah Ishak, 23, berkata, pengalaman tinggal di dalam khemah berbumbungkan kanvas plastik itu pasti tidak akan luput dalam ­ingatannya sampai bila-bila.

“Dalam kejadian bah baru-baru ini, rumah ibu saya tenggelam, yang kelihatan cuma atap.

“Kami memang sudah jangka musim banjir kali ini teruk kerana hujan yang berterusan sehingga akhir Disember lalu.

“Kami sekeluarga tinggal di dalam khemah yang terletak atas bukit dalam kebun getah kerana itu merupakan satu-satunya tempat yang selamat dan terdekat dengan kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Kampung Chodan di sini semalam.

Cerita Izni Sakinah, terdapat tiga buah khemah yang didirikan oleh pihak berkuasa dan penduduk kampung di lokasi tersebut sebelum dia dan penduduk kampung membawa khemah kecil masing-masing untuk dipasang di bawah kanopi tersebut.

Tambah wanita itu, terdapat empat keluarga melibatkan seramai 14 orang tinggal di dalam khemah berkenaan.

“Walaupun tidak selesa seperti berada di rumah sendiri tetapi tempat ini sudah cukup selamat untuk berteduh dan bermalam selama 12 hari.

“Kami bernasib baik kerana menerima bantuan makanan selain turut bergotong-royong memasak,” ujarnya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh sukar tersebut.

Izni yang tinggal bersama ibunya, Sidah Sulung, 75, bersyukur kerana dapat pulang ke rumah semalam setelah air surut sepenuhnya.

Sementara itu, Sidah memberitahu, setiap tahun, dia sekeluarga akan bersiap sedia dengan kemungkinan bah dan menjadikan Pahang yang terletak berse­belah daerah ini sebagai penanda aras.

“Apabila hujan lebat berterusan, kami anak-beranak akan mula mengemas dan memindahkan barang ke tempat yang lebih tinggi. Kami selamatkan dokumen penting dahulu.

“Mujur peti ais sempat dialih­kan, namun televisyen dan pe­rabot pula tenggelam.

Penduduk kongsi cerita rumah tenggelam, terpaksa mohon cuti tanpa gaji “Kampung kami sudah jadi seperti pulau. Banyak laluan dan rumah penduduk tenggelam. Penduduk keluar masuk ke kampung ini menggunakan bot,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN