fbpx
DJOKOVIC bukan hanya berdepan isu visa dibatalkan buat kali kedua bahkan kemungkinan diharamkan visa selama tiga tahun oleh Australia. - AFP

Situasi Djokovic makin parah, visa dibatalkan kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Jaguh tenis No.1 dunia, Novak Djokovic sekali lagi berdepan kemungkinan dihantar pulang selepas visa kemasukan ke Australia dibatalkan buat kali kedua.

Menteri Imigresen Australia, Alex Hawke menjelaskan, pihaknya sentiasa komited untuk menjaga kemaslahatan rakyatnya terutama berhubung kes yang melibatkan virus Covid-19.

Justeru, Djokovic yang sudah berada dalam undian utama kejohanan tenis Terbuka Australia berkemungkinan tidak dapat beraksi sekiranya keputusan untuk membatalkan visanya dikekalkan.

“Kerajaan Australia sentiasa tegas dan komited dalam menjaga sempadan negara, lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan pandemik Covid-19. Kami perlu mengutamakan keselamatan rakyat sendiri,” kata Hawke.

Lebih parah, Djokovic bukan sahaja berdepan kemungkinan dihantar pulang, malah bintang tenis dari Serbia itu mungkin diharamkan daripada memasuki Australia bagi tempoh tiga tahun.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menjelaskan, pihaknya tidak boleh berkompromi dengan isu Covid-19 memandangkan rakyatnya sudah banyak berkorban sepanjang pandemik tersebut.

“Rakyat Australia sudah banyak berkorban sepanjang pandemik ini dan mereka berhak untuk meminta pengorbanan itu dihormati. Inilah apa yang kami sedang lakukan ketika ini,” ujar beliau. K! ONLINE

POPULAR