fbpx

Jumlah kes aktif Covid-19 catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes aktif di seluruh negara semalam mencatatkan peningkatan kepada 40,276 kes, berdasarkan data pada laman CovidNow.

Pada 4 Januari lalu, negara merekodkan penurunan kes aktif di bawah angka 40,000 dengan 39,733 kes, namun ia kembali melepasi angka tersebut semalam.

“Kes aktif yang dilaporkan semalam melibatkan 33,075 dikuarantin di rumah, 3,660 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,343 kes di hospital, 105 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 93 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Selain itu, 12 kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 31,750 kes serta tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam selain tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID).

Kesemua kematian dilaporkan di Sabah (3), Johor (2), Pahang (2), Pulau Pinang (1), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI