fbpx

Harapkan padang bola sahaja banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kegagalan bola sepak Malaysia dalam Piala Suzuki AFF sekali lagi menjadi perhatian. Seperti biasa, kajian dilakukan. Entah berapa banyak kajian sudah dilakukan mengenai bola sepak Malaysia setiap kali gagal.

Jawatankuasa bebas juga sudah diwujudkan selepas Malaysia terkeluar daripada saingan separuh akhir piala yang dianggap seperti Kejuaraan Eropah di Singapura.

Kepada kebanyakan peminat bola sepak, mereka sudah tepu dengan ‘kejayaan’ tidak seberapa. Sebanyak mana sikap optimistik yang cuba ditunjukkan, kekecewaan menanti.

Kemaluan di Singapura menyebabkan ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan.

Cheng Hoe merasakan bertanggungjawab di atas kegagalan itu. Sebagai ketua, ia berakhir padanya. Ia sama dalam mana-mana organisasi. Ia jarang berlaku di Malaysia. Gagal berulang kali, tetap kekal ketua.

Di barat, pengurus dibuang perkara biasa. Tengok sahaja Chelsea. Berapa ramai pengurusnya dalam 20 tahun? Kegagalan tidak diterima oleh pemilik dan penyokong. Bola sepak perniagaan besar melibatkan berbilion dolar.

Jadi apa masalah sebenar bola sepak negara kali ini? Ada menyalahkan pemain dan pengurus. Ada cadangan keseluruhan pengurusan dipecat.

Ada menyalahkan kelab, selain itu sahaja pemain ‘berkaliber’ di peringkat negeri. Jadi seperti biasa macam-macam alasan.

Di Malaysia ada 7,780 sekolah rendah dan 2,240 sekolah menengah. Semua sekolah ada padang bola. Jadi ada 10,220 padang bola sepak. Itu tidak termasuk padang bola majlis, di taman-taman perumahan dan kemudahan sukan lain.

Kebanyakan padang berumput dan menghijau. Malaysia mungkin ada lebih banyak padang bola berbanding Brazil yang menjadi juara Piala Dunia sebanyak lima kali. Jika dilihat di Brazil, kebanyakan padang di kawasan setinggan hanya tanah merah.

Di sana terdapat 2.1 juta pemain berdaftar dan 29,000 kelab bola sepak. Di Brazil dan kebanyakan negara di Amerika Selatan, kemiskinan mendorong anak muda untuk berusaha keras menjadi pemain bola sepak. Itu tiket keluar daripada kepapaan.

Perkara sama juga di benua Afrika. Pemain seperti Mohamed Salah (Mesir), Sadio Mane, dan Édouard Mendy (Senegal) meraih ratusan ribu pound seminggu dengan bermain di UK. Bola sepak menjadi sandaran untuk kehidupan lebih baik.

Tanpa bola, mereka akan hidup melarat. Ia berbeza di Malaysia. Tidak terdapat desakan kemiskinan sama seperti di Amerika Selatan dan Afrika.

Di Eropah, sasaran pemain adalah untuk menyarung jersi kebangsaan England, Perancis, Itali, dan Sepanyol dan berharap satu hari nanti akan menjadi legenda di negara mereka.

Di Malaysia, bola sepak tetap menjadi sukan paling popular. Tetapi apa yang tiada adalah semua formula yang menjadikan negara lain berjaya – desakan kehidupan, kemahuan, pengorbanan, kebanggaan menyarung jersi kebangsaan dan impian menjadi legenda.

Jika keadaan ini berterusan, hiburan bola sepak sebenar pada bola sepak UK dan bukan di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI