fbpx

40 peratus penduduk Pulau Pinang terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow menunjukkan carta pelaksanaaan imunisasi Covid-19 di Pulau Pinang pada sidang akhbar di Komtar, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Bekalan dos penggalak bagi vaksin Covid-19 di Pulau Pinang adalah mencukupi dan tidak mempunyai masalah seperti mana ketika pemberian suntikan dos pertama dan kedua dahulu.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggesa rakyat negeri ini untuk mendapatkan suntikan dos penggalak masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), klinik atau lokasi yang telah ditetapkan menerusi temujanji MySejahtera.

“Buat masa ini, kira-kira 40 peratus rakyat Pulau Pinang yang layak telah mendapat suntikan dos penggalak mereka.

“Pihak kami menjangka dapat mencapai 100 peratus rakyat menerima dos penggalak masing-masing menjelang akhir bulan depan atau awal Mac dan menjadi harapan kita agar proses pemberian dos penggalak ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menyerahkan watikah pelantikan kepada 12 individu yang dilantik sebagai pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang bagi penggal 2022.

Menurut Kon Yeow, setakat ini lebih 500,000 rakyat Pulau Pinang telah mendapat suntikan dos penggalak masing-masing dan sebanyak 18,000 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan setiap hari di negeri ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang telah merekodkan 10 kes Covid-19 bagi varian Omicron, dan kesemuanya telah dibenarkan keluar dari hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI