fbpx

Restoran di Mexico hidang makanan dalam masa 13.5 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Karne Garibaldi mengambil masa hanya selama 13.5 saat untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan. - El Souvenir

GUADALAJARA, MEXICO – Sebuah restoran di Mexico memegang rekod dunia Guinness World Records bagi perkhidmatan makanan paling pantas dengan mengambil masa hanya 13.5 saat untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Restoran Karne Garibaldi, memegang rekod tersebut sejak 1996 kerana setakat ini, percubaan beberapa buah restoran lain untuk memecahkan rekod itu gagal.

Bagi pelanggan yang pergi ke restoran tersebut, mereka akan dihidangkan menu yang dipesan sepantas 13.5 saat selepas pelayan mengambil pesanan tersebut.

Disebabkan kebanyakan menu makanan Mexico yang dihidangkan di restoran itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan, ia telah sedia dimasak ketika premis tersebut memulakan operasi.

Seterusnya, proses untuk menyediakan hidangan di dapur dan menghidangkannya pada meja pelanggan di bawah 15 saat memerlukan kepantasan dan penyelarasan.

“Semua itu bermula apabila beberapa pelayan kami berlumba untuk melihat siapa yang boleh menghidangkan makanan kepada pelanggan dalam masa terpantas.

“Pertandingan antara mereka itu telah membawa kepada percubaan kami untuk mencipta rekod dunia Guinness World Records,” kata Pengurus Restoran Karne Garibaldi, Daniel Flores. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI