fbpx

Rencong perkukuh kawalan keselamatan perairan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin ketika memeriksa kawalan Kuater sempena Lawatan Kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi hari ini.

PUTATAN – Kawalan keselamatan di perairan Sabah terus diperkukuhkan dengan penyerahan sebuah lagi kapal persisir pantai (LMS) terbaharu dinamakan sebagai Rencong.

Ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Rencong adalah kapal LMS keempat selepas Kapal Diraja (KD) Keris, KD Sundang dan KD Badik yang ditauliahkan pada tahun lalu dan 2020.

Tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 28 Disember tahun lalu, penyerahan fizikal Rencong telah dilaksanakan pada 18 Disember di Qidong, China dan bakal menerima pentaulihan pada 28 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Rencong bakal dikenali sebagai KD Rencong seterusnya akan menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebaik sahaja ditauliahkan.

“Misi utama skuadron kapal ini adalah bagi menangkis ancaman asimetri, pengawasan kawasan operasi, rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), tugas-tugas sokongan kepada Military Operation Other Than War (MOOTW) serta sebagai platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik mahupun perang.

“Keberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini cukup bermakna bagi TLDM kerana ia menandakan semua LMS sudah selesai diterima oleh TLDM dalam tempoh yang ditetapkan.

“Selain itu, TLDM kini boleh melaksanakan sepenuhnya perancangan menerusi LMS ini khususnya di bawah Program Transformasi 15 to 5 bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara,” katanya ketika sidang media sempena Lawatan Kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan TLDM turut bakal memanfaatkan keupayaan LMS bagi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah.

Menurutnya, ia termasuklah melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan laut serta menangani aktiviti lanun.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah bahawa kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meneruskan kerjasama rapat dengan kerajaan negeri serta setiap agensi berkepentingan menerusi Operasi Murni (Ops Murni) Sabah akan terus berada pada tahap tertinggi.

Hishammuddin berkata, ATM sudah diatugerak bukan sahaja untuk membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat terutama Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi turut menghantar barang keperluan dan makanan serta membantu penyediaan makanan di PPS sejak hari pertama banjir melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Kota Marudu, Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid.

Sementara itu, ditanya mengenai pemalsuan sijil vaksinasi di negara ini, Hishammuddin menyifatkan tiada kompromi membabitkan kesalahan berkenaan sama ada membabitkan pemalsuan sijil vaksinasi atau sijil saringan ujian Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI