fbpx

Program Munawwareen Prihatin bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIZA (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Banjir besar yang melanda Hulu Langat telah menyebabkan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd. (Munawwareen) me­lancarkan program Munawwareen Prihatin.

Pengasas syarikat itu, Datin A­liza Abu Bakar berkata, program tersebut ditumpukan di kawasan pedalaman Kampung Paya Lebar, Sungai Lui.

Menurut beliau, syarikat te­lah ­menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir untuk menerangi kawasan yang rosak teruk akibat tragedi tersebut.

Selain itu, pihaknya turut ­menyerahkan sumbangan se­perti telekung abaya, sejadah dan 23 barangan keperluan asas lain seperti dapur, tabung gas memasak, peralatan mencuci rumah, pinggan mangkuk, tuala, tikar dan khemah.

“Kami berulang alik seba­nyak tiga kali ke Hulu Langat untuk membuat rondaan dan tinjauan sendiri serta bertanya kepada ketua kampung me­ngenai barangan yang masih diperlukan penduduk di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ­ketika ditemui selepas sesi ­penyerahan lampu solar, bara­ngan keperluan dan juga basikal elektronik (E-Bike) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kampung tersebut baru-baru ini.

 

Mengulas mengenai E-Bike, Aliza menjelaskan, ciri-ciri basikal elektronik yang mampu bergerak dalam apa juga bentuk muka bumi itu akan membantu PDRM membuat rondaan di kawasan kampung yang terjejas banjir.

“Masih banyak kawasan masih belum boleh diakses dengan baik oleh mana-mana kenderaan, jadi E-Bike akan memudahkan urusan pemantauan oleh pihak berkuasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI