fbpx

Banjir di Johor semakin pulih, mangsa hanya 705

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Jawa, Buloh Kasap, Segamat, Johor semakin pulih apabila air mula surut.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya seramai 705 mangsa daripada 206 keluarga masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah mangsa berkenaan melibatkan hanya tiga daerah sehingga pukul 8 pagi hari ini.

Menurut beliau, ketika ini daerah yang masih merekodkan mangsa banjir adalah sekitar Johor utara iaitu Muar, Segamat dan Tangkak.

“Setakat pukul 8 pagi ini, Muar merekodkan mangsa teramai iaitu 367 mangsa di enam PPS, diikuti Segamat dengan 326 mangsa di 10 PPS serta Tangkak dengan 12 mangsa di satu PPS.

“Keadaan banjir dijangka akan terus menunjukkan trend pemulihan apabila ramalan kaji cuaca hari ini menunjukkan cuaca cerah di seluruh Johor sehingga tengah hari,” katanya dalam satu, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, Jabatan Metereologi Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang bacaan cuaca buruk seperti hujan atau ribut petir di seluruh Johor buat hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI