fbpx

Remaja hilang selepas kencing dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Iznun Al Azim Mahadi.

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki tingkatan satu dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Katanya, mangsa dikatakan melepak bersama dua rakan baiknya di hadapan rumah sambil bermain telefon bimbit.

“Mangsa yang mesra dengan panggilan Azim meminta izin ibunya untuk keluar bermain telefon bersama dua rakan baiknya berusia 17 dan 15 tahun memandangkan di dalam rumah tidak menerima capaian internet.

“Azim mengatakan kepada rakannya ingin kencing di kawasan semak kira-kira pukul 10 malam, namun tidak kembali kepada rakan-rakannya setengah jam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, abang mangsa cuba mengesan lokasi adiknya melalui nombor telefon dan di sekitar kawasan remaja itu membuang air kecil pada pukul 10 pagi keesokan hari.

Katanya, bagaimanapun, ketika sampai di tempat yang dikesan iaitu di kawasan pokok besar berhampiran anak sungai, abangnya mendapati Azim tiada di situ sebelum pengesanan melalui telefon hilang jejak.

“Keluarga mangsa telah mendapatkan bantuan dari orang kampung dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi untuk mencari Azim.

“Berdasarkan keterangan ibu mangsa, Azim merupakan anak yang manja dan tidak pernah keluar jauh dari rumah selain tidak pernah membuat perangai tidak pulang ke rumah,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI