fbpx

Potensi besar penternakan lembu hibrid di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam (kiri) melawat ladang ternakan lembu hibrid di Kampung Semadong di Beseri, hari ini.

KANGAR – Penternakan lembu hibrid di negeri ini berpotensi besar untuk berkembang seterusnya menjadi pusat pengeluaran kacukan baka import dengan tempatan melalui teknologi permanian beradas.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata, penternakan lembu hibrid di negeri ini dilakukan menerusi program Pengukuhan Sumber Genetik yang dilaksanakan oleh unit pembiakbakaan JPV negeri.

Katanya, program penghasilan kacukan baka Charolais, Limousine, Piedmontese, Simmental dengan induk lembu baka tempatan Brahman atau Kedah-Kelantan itu disokong infrastruktur jalinan jalan raya yang baik menghubungkan ladang dengan pusat pelaksanaan teknologi permanian beradas di lapangan.

“Amalan tradisi ternakan lembu secara fidlot juga menyumbang potensi penghasilan lembu hibrid kerana memudahkan pengurusan induk lembu sebelum dan selepas suntikan permanian beradas.

“Selain itu, penghasilan induk-induk lembu hibrid ini dilihat semakin stabil dan dapat disesuaikan dengan persekitaran cuaca di Perlis setelah dilaksanakan sejak tahun 2015,” katanya pada sidang akhbar di Kampung Santan, Mata Ayer di sini hari ini.

Sebagai rekod, sebanyak 1,500 ekor lembu hibrid dihasilkan di Perlis sejak 2015 hingga 2020 di Perlis.

Menurut Adam, penternakan lembu hibrid memberi pulangan tinggi yang cepat dengan harga jualan mencecah antara RM5,000 hingga RM10,000 seekor dalam tempoh enam bulan berbanding baka tempatan yang memberi pulangan RM3,000 hingga RM5,000 dalam tempoh satu hingga dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`