fbpx

Pekerja kilang teselamat lif terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA kilang itu mengheret sebuah troli dipenuhi barang menaiki sebuah lif sebelum terselamat daripada terhempas bersamanya. – Daily Mail

BEIJING – Seorang pekerja kilang bernasib baik apabila sebuah lif dilaporkan terhempas ke tanah sejurus selepas dia melangkah keluar darinya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kejadian itu berlaku di bandar Taizhou, wilayah Zhejiang di China pada 8 Januari lalu. 

Rakaman kejadian menunjukkan situasi ketika pekerja tersebut mengheret sebuah troli dipenuhi barang untuk menaiki sebuah lif.  

Ketika lif dinaikinya menjunam ke tanah, lelaki itu terkejut lalu bergegas menjauhinya sebelum didatangi rakan sekerjanya. 

Mereka menghampiri kawasan lif itu untuk melihat ke bawah. 

Lif itu tidak lagi digunakan dan kejadian itu sedang disiasat, menurut laporan tempatan.

Pekerja tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kejadian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI